Teresa Kok Gagal Dalam Saman Terhadap Syed Hamid Albar, Tiga Lagi

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 7:53 PM

Teresa Kok

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Teresa Kok Suh Sim gagal dalam samannya terhadap bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan tiga yang lain berhubung penangkapan dan penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.

Ketika menolak saman yang dikemukakan Kok, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam berkata, mahkamah berpuas hati penangkapan dan penahanan anggota Parlimen Seputeh itu telah dilakukan secara sah mengikut ISA 1960.

Mahkamah turut memerintahkan Kok membayar kos sebanyak RM50,000 kepada kesemua defendan.

Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan daripada sembilan saksi plaintif termasuk Kok dan lapan saksi defendan.

Pada 13 Mac 2009, Kok telah memfailkan saman terhadap Syed Hamid, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pegawai polis Deputi Superitendan E Kim Tien, dan kerajaan Malaysia, dengan mendakwa bahawa penangkapan dan penahanan beliau di hadapan rumahnya di OG Height di sini pada 11.15 malam 12 September 2008, dilakukan tanpa asas.

Dalam pernyataan tuntutannya, Kok mendakwa disebabkan oleh kecuaian dan tindakan kesemua defendan, beliau berdepan dengan tekanan mental, keperitan dan kesengsaraan akibat keracunan makanan dan juga penafian haknya dari segi perlembagaan.

Kok menuntut ganti rugi akibat kesilapan menangkap dan menahannya secara salah, ganti rugi kesakitan, ganti rugi untuk tekanan mental, ganti rugi am dan khas serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, Kok ketika ditemui pemberita sejurus selesai prosiding, berkata beliau berasa kecewa dengan keputusan yang diberikan oleh mahkamah, dan akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Kok diwakili peguam S.N.Nair manakala kesemua defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Lailawati Ali. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Teresa Kok Suh Sim , Syed Hamid Albar , ISA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan