Pelajar Di Singapura Saman Sekolah Kerana Perlu Belajar Di Luar Negara

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 12:29 PM

Cheryl Tan. -The Straits Times Singapore

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang bekas pelajar memfailkan saman terhadap Sekolah Perempuan Raffles (RGS), kerana mendakwa sekolah tersebut gagal untuk melindunginya daripada dibuli dan menyebabkan dia terpaksa belajar di luar negara.

Cheryl Tan, yang kini berusia 18 tahun mahu RGS membayar bukan sahaja ganti rugi kesakitan dan penderitaan, tetapi juga $220,000 (RM596,000) kos untuk meneruskan pengajiannya di sekolah berprestij Wells Cathedral School  di England.

Dia kini sedang menghabiskan pengajian A Level di situ, kata ibunya Ng Wee Ching.

Jurucakap RGS, yang menafikan tuntutan itu berkata kepada The Straits Times bahawa sekolah dan guru-guru 'sentiasa bertindak demi kepentingan pelajarnya', dan memastikan kesihatan dan keselamatan mereka di sekolah.

Kes itu berkisar bagaimana Tan sisihkan oleh dengan rakan-rakannya pada tahun 2012.

Tahun itu, dia telah dilantik sebagai setiausaha aktiviti ko-kurikulum (CCA).

Menurut saman tersebut, dia telah diberitahu oleh guru bahawa dia akan memainkan dua peranan iaitu sebagai konduktor pelajar, bersama-sama dengan pelajar lain. 

Ini didakwa menimbulkan kemarahan ahli CCA lain terutamanya jawatankuasa eksekutif pelajarnya, yang bertindak membuli dan memulaukannya lebih 12 bulan dari Julai 2012.

Menurut saman tersebut, Tan telah dilihat sebagai "mementingkan diri sendiri" dan "tamak" untuk mengambil dua kedudukan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan