Tawar Khidmat Seks Kepada Polis, Jurumekap Dipenjara Tiga Hari

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 3:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis, seorang jurumekap sambilan dipenjara tiga hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu terhadap Alzival Ebno, 23, setelah dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap Mohd Zaki Hushariq Husin di kaki lima hadapan kedai My News.com Jalan P.Ramlee, Dang Wangi di sini pada 12.50 tengah malam, 12 April lepas.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman tersebut mulai tarikh dia ditangkap pada 12 April lalu dan jika gagal membayar denda itu dia boleh dipenjara sebulan.

Dia membayar denda itu.

Alzival yang hadir ke mahkamah dengan memakai skirt dan rambut disanggul, didakwa mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, mangsa ditawarkan perkhidmatan seks oleh tertuduh ketika dia sedang menyamar sebagai orang awam di Jalan P.Ramlee selepas menerima maklumat berkaitan kegiatan lelaki yang berpakaian seperti wanita di kawasan itu. 

Terdahulu tertuduh yang diwakili peguam Zulkifli Awang memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya menanggung ibu serta enam orang adiknya dan ini merupakan kali pertama tertuduh melakukan kesalahan itu kerana kesempitan hidup.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana kegiatan pelacuran adalah satu kesalahan serius.
Tags / Kata Kunci: seks , jurumekap , penjara

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan