Syarikat Balak Menang Rayuan Terhadap Umno Pahang

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 9:33 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seruan Gemilang Makmur (SGM) Sdn. Bhd., berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada Isnin bagi mengetepikan perintah supaya membayar ganti rugi berjumlah RM38.6 juta kepada Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Pahang berhubung pelanggaran kontrak pemberian konsesi pembalakan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi membenarkan rayuan SGM untuk memulihkan keputusan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi yang menolak tuntuan balas jawatankuasa itu bagi penaksiran ganti rugi.

Kuorom berkenaan memutuskan bahawa rayuan syarikat pembalakan itu mempunyai merit dan juga mengarahkan jawatankuasa itu membayar kos guaman sebanyak RM10,000 kepada SGM.

"Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam mengganggu dapatan Timbalan Pendaftar," kata Balia yang bersidang bersama Datuk Lim Yee Lan dan Datuk Hamid Sultan Abu Backer.

Pada 27 Mac 2003, SGM memfailkan saman sivil terhadap jawatankuasa itu di Mahkamah Tinggi Kuantan, dengan menuntut ganti rugi kerana melanggar kontrak pemberian konsesi pembalakan di Nenasi, Pekan, Pahang.

Jawatankuasa itu kemudian membuat tuntuan balas, dengan memohon perisytiharan bahawa kontrak yang dikatakan itu adalah batal dan tidak sah malah tidak wujud kontrak.

Ia juga meminta SGM membayar mereka semua manfaat dan keuntungan yang diperoleh oleh syarikat itu untuk kayu balak yang diperoleh daripada kawasan pembalakan seluas 1,000 ekar dikenali sebagai Blok A2 di Nenasi.

Jawatankuasa itu turut menuntut RM1.5 juta dengan alasan bahawa ia tidak memberi sebarang kelulusan kepada syarikat itu untuk menebang kayu balak di kawasan itu.

Ia juga memohon manfaat kononnya diperoleh oleh syarikat itu daripada 'pengayaan tidak adil' berjumlah RM37.1 juta.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi memberi jumlah itu kepada SGM sebagai ganti rugi selepas syarikat itu berjaya dalam satu lagi saman sivil terhadap kerajaan negeri Pahang.

Pada 1 Dis 2009, Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan permohonan jawatankuasa itu untuk membatalkan saman yang dikemukakan terhadapnya oleh SGM.

Pada 16 Jun, 2011, Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan tuntutan balas jawatankuasa itu dan mengisytiharkan kontrak bertarikh 2 Okt 2000, yang kononnya ditandatangani antara jawatankuasa itu dan SGM, sebagai batal dan tidak sah.

Mahkamah Tinggi turut memerintahkan penaksiran ganti rugi.

Pada 24 Sept, 2012, Timbalan Pendaftar, Sazlina Safie menolak tuntutan jawatankuasa itu selepas memutuskan ia gagal membuktikan jumlah kerugian atau manfaaat yang didakwa diperoleh oleh SGM daripada perjanjian itu.

Pada 4 Julai, 2013, Mahkamah Tinggi Kuantan mengakaskan keputusan Timbalan Pendaftar dan memerintahkan ia berpihak kepada jawatankuasa itu, sehingga memaksa syarikat itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Muhammad Aznel Azaharudin mewakili SGM manakala jawatankuasa itu diwakili oleh barisan peguam diketuai Datuk Bastian Vendargon.

Tags / Kata Kunci: Balak , Umno

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan