Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Rasuah

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 1:22 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang inspektor polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana meminta dan menerima rasuah RM3,000 untuk menutup kes kemalangan kereta yang menyebabkan kematian.

Tertuduh Mohd Shulul Azmi Shuaibon, 32, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz pada Isnin.

Dia didakwa meminta wang sebanyak RM3,500 daripada seorang lelaki yang terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan seorang mangsa maut kira-kira pukul 5.25 petang pada 13 Januari 2014 sebagai sogokan untuk tidak membawa kes itu ke mahkamah.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Shulul didakwa menerima RM3,000 daripada lelaki sama kira-kira pukul 7 malam pada 15 Januari 2014.

Mohamad Haldar menetapkan 11 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Tags / Kata Kunci: rasuah , inspektor polis

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan