Zunar Didakwa Atas Sembilan Pertuduhan

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2015 11:41 AM

Zunar didakwa atas sembilan pertuduhan menghasut.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kartunis kontroversi, Zunar mengakui tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan menghasut kerana didakwa menghina badan kehakiman menerusi Twitternya berikutan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya.

Zulkiflee Anwar Haque, 53, atau lebih dikenali sebagai Zunar didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menulis kenyataan berbaur hasutan menerusi akaunnya @zunarkartunis kira-kira pukul 3 petang pada 10 Februari lalu.

Pada 10 Februari hari yang sama, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadap Anwar atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari pada 2008.

Peguam Zulkiflee, S.Ambiga memohon agar perbicaraan secara berasingan terhadap pertuduhan itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail membantah permohonan itu dan menggesa kes tersebut didengar bersama.

Hakim Zainol Radhid Hussain membenarkan kes itu didengar bersama.


Tags / Kata Kunci: Zunar , hasutan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan