Tiga Dipenjara 66 Bulan Kurung Lelaki Bangladesh

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 7:04 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga lelaki termasuk dua warga asing dijatuhi hukuman penjara lima tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana mengurung secara salah seorang lelaki Bangladesh, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, warga Bangladesh, Rohman, 29; warga India, N. Ganesh, 32; dan warga tempatan P.Alakuraja, 38, mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mohd Yazid juga mengenakan denda RM20,000 atau tiga bulan penjara terhadap Rohman selepas mengambil kira peranan utama dimainkan tertuduh itu dalam kes itu.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama mengurung secara rahsia dan secara salah Md Kamarul Hasan Shofiqul Islam berusia 20-an di 5C-2, Tingkat 3, Jalan Utama 2/1, Taman Perindustrian Puchong Utama, Puchong, kira-kira pukul 11 pagi, 6 April 2013.

Rohman bekerja sebagai peniaga, Alakuraja (penjual suratkhabar) dan Ganesh (buruh), sebelum ini menghadapi tuduhan culik di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Rohman turut menghadapi satu pertuduhan tambahan iaitu melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan ke atas abang mangsa, Mohammed Mizanur Rahman bahawa adiknya akan dibunuh jika tiada wang diserahkan kepada tertuduh dan oleh itu mendorong Mohammed Mizanur menyerahkan wang RM20,000 di tempat, masa dan tarikh sama.

Mohd Yazid menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Rohman yang mengaku bersalah terhadap tuduhan itu dan memerintahkan hukuman berjalan serentak dengan hukuman yang dijatuhkan bagi kesalahan mengurung mangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Zuraida Wan Nawan sementara Alakuraja diwakili peguam K.A.Ramu, Rohman oleh peguam V.Samynathan dan Ganesh diwakili peguam Viknes Ratna. -- Bernama



Tags / Kata Kunci: Bangladesh , kurung , Mohd Yazid Mustafa

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan