Nik Nazmi Fail Saman Terhadap Peguam Negara

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 7:09 PM

Nik Nazmi Nik Ahmad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad pada Selasa memfailkan saman terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan berhubung dakwaan salah laku kerana mendakwanya buat kali kedua mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Nik Nazmi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Selangor memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui peguamnya Eric Paulsen.

Dalam saman itu, Nik Nazmi, 33, selaku plaintif menamakan Abdul Gani dan kerajaan sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nik Nazmi mendakwa Abdul Gani telah melakukan  pendakwaan yang berniat jahat kerana bertindak mendakwanya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya buat kali kedua pada 6 Mei 2014, walaupun Mahkamah Rayuan pada 25 April 2014 membenarkan permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan yang dihadapi mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Nik Nazmi berkata sebelum ini beliau telah didakwa di Mahkamah Sesyen yang sama pada 17 Mei 2013 atas tuduhan menganjurkan perhimpunan program penerangan negeri Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 8 Mei 2013, mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Namun, Nik Nazmi dalam pernyataan tuntutannya berkata pada 6 Mei 2014 mahkamah telah melepaskan tanpa membebaskannya daripada tuduhan itu atas alasan terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 diisytiharkan batal dan tidak sah kerana tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Nik Nazmi juga mendakwa tindakan Abdul Gani untuk mendakwanya buat kali kedua bagi pertuduhan yang sama telah menyebabkan reputasinya tercemar dan menggambarkan beliau sebagai seorang penjenayah yang memberi ancaman terhadap keselamatan negara yang harus dibawa ke mahkamah meskipun telah dilepaskan daripada pertuduhan yang dihadapinya itu.

Oleh itu, Nik Nazmi menuntut ganti rugi khas sebanyak RM80,000, ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan