Mahkamah Tinggi Kekal Injunksi Muhammad Shafee Terhadap Badan Peguam

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 7:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengekalkan injunksi yang diperoleh peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menghalang Badan Peguam Malaysia serta tiga yang lain daripada membincangkan perilaku beliau dalam jerayawara berhubung kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Muhammad Shafee berkata Hakim Datuk Asmabi Mohamad memberi injunksi ad-interim (injuksi baharu) kerana injunksi sebelah pihak yang diperoleh Muhammad Shafee pada 13 Mac akan berakhir tempohnya pada 3 April.

Beliau memberitahu pemberita bahawa injunksi baharu itu diberi sementara menunggu keputusan mengenai injuksi kedua-dua pihak (inter-parte).

Katanya mahkamah menetapkan 13 Mei untuk mendengar injunksi kedua-dua pihak dan permohonan untuk mengetepikan injunksi sebelah pihak yang difailkan defendan.

"Perintah injuksi baharu ini mengekalkan status quo injunksi sebelah pihak yang diperoleh klien saya," katanya sambil menjelaskan bahawa pendengaran mengenai injunksi kedua-dua pihak ditangguh pada Selasa kerana defendan memerlukan masa untuk menjawab afidavit plaintif (Muhammad Shafee).

Pada 13 Mac, Asmabi meluluskan permohonan Muhammad Shafee untuk mendapatkan perintah injunksi sebelah pihak dan dalam permohonan itu, peguam kanan berkenaan menamakan Badan Peguam, Christopher Leong, yang ketika itu adalah presiden Badan Peguam, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V. C. George dan peguam Tommy Thomas sebagai defendan.

Asmabi memberi injunksi sebelah pihak sementara kepada Muhammad Shafee bagi menghalang Badan Peguam dan Leong atau melalui ejen mereka daripada membenarkan usul berkenaan dibentang, dibincang atau diterima dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (AGM) Badan Peguam pada 14 Mac, atau membincangkan sebarang perkara berkaitan perilaku Muhammad Shafee dalam rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 14 Mac atau pada sebarang tarikh selepas itu.

Hakim itu juga memberi injunksi sebelah pihak sementara kepada Muhammad Shafee bagi menghalang V. C. George dan Tommy atau melalui ejen mereka daripada mengemukakan usul bertajuk 'Usul terhadap Shafee Abdullah bertarikh 28 Februari, 2015' atau secara substantif usul serupa pada AGM ke-69 Badan Peguam pada 14 Mac atau pada mana-mana tarikh kemudian.

Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail melalui fiat (pemberian kuasa) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Aturcara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk mengendalikan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Peguam Lambert Rasaratnam dan Andrew Chiew mewakili Badan Peguam dan Leong, manakala Porres Royan bertindak bagi pihak V. C. George dan Datuk S.Ambiga mewakili Tommy.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan