Permohonan Pendakwa Raya Rujuk Isu Perlembagaan Apa 2012 Ditolak

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 5:08 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan pihak pendakwa raya untuk merujuk isu perlembagaan bagi menentukan kesahihan Akta Perhimpunan Aman (Apa) 2012.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengetuai panel hakim lima anggota sebulat suara memutuskan Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan pihak pendakwaan itu.

Sehubungan itu, beliau mengembalikan semula kes itu ke Mahkamah Rayuan bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan berhubung pembebasan Setiausaha Eksekutif PKR Johor R. Yuneswaran daripada pertuduhan menganjurkan perhimpunan haram "Blackout 505" pada 2013.

Hakim Arifin turut meminta Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup menulis surat kepada Mahkamah Rayuan untuk memohon tarikh lebih awal bagi pendengaran rayuan itu.

Turut bersidang bersama-sama Hakim Arifin ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Ramly Ali.

Peguam mewakili Yuneswaran, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan itu hari ini dengan menyatakan Mahkamah Persekutuan hanya boleh mendengar persoalan isu perlembagaan yang dirujukkan oleh Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 84, Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Beliau berkata, Mahkamah Rayuan tidak diberikan kuasa untuk merujukkan persoalan isu perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan.

Sri Ram berkata, pihak pendakwa raya sepatutnya tidak mengemukakan permohonan rujukan kepada Mahkamah Persekutuan, sebaliknya mereka (pendakwa raya) sepatutnya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan.

Manoj berkata, pihak pendakwa raya mengemukakan permohonan rujukan itu bagi menentukan isu perlembagaan Seksyen 9 (5) Apa 2012.

Pada 10 Oktober tahun lepas, Mahkamah Rayuan diketuai Presidennya Tan Sri Md Raus Sharif membenarkan permohonan pihak pendakwa raya untuk merujuk empat persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan.

Yuneswaran, 28, didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesysen di Johor Baharu pada 26 September 2013, selepas mendapati beliau selaku penganjur perhimpunan itu, bersalah terhadap pertuduhan gagal memberikan notis kepada Ketua Polis Daerah Jaohor Baharu Selatan dalam masa sekurang-kurangnya 10 hari sebelum perhimpunan itu diadakan.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat PKR di Jalan Beladau 19, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram di Johor Baharu kira-kira pukul 8.30 malam pada 15 Mei 2013.

Pada 24 Ogos tahun lepas, beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di Johor Baharu selepas memutuskan mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 9 (5) Apa bercanggah dengan perlembagaan.

Mahkamah Tinggi juga menolak permohonan pihak pendakwa raya untuk merujuk persoalan perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan