Bekas Pegawai Tadbir Saman Naib Canselor UUM

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 9:24 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang bekas Pegawai Tadbir Universiti Utara Malaysia (UUM) memfailkan saman terhadap Naib Canselor UUM, Datuk Mohamed Mustaffa Ishak kerana didakwa menamatkan perkhidmatannya di universiti itu tanpa mengikut prosedur undang-undang.

Plantif, Shayzan Amir Endut, 41, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman melalui Tetuan Azam Aziz & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kira-kira pukul 2 petang Rabu.

Syahzan yang sebelum ini merupakan Pegawai Tadbir Gred N41 di UUM menamakan Mohamed Mustaffa sebagai defenden pertama dan UUM sebagai defenden kedua.

Peguam plantif, Mohd Khairul Azam berkata, Syahzan mengetahui tentang penamatan perkhidmatannya melalui Tuan Pendaftar pada 25 Februari 2015 dan menerima surat penamatan perkhidmatan pada hari yang sama.

Jelasnya, surat yang ditandatangani Pendaftar, Mohamad Akhir Yusof bagi pihak Naib Canselor UUM menyatakan penamatan itu berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) yang ke-205 Bil. 1/2015.

Mohd Khairul Azam berkata, penamatan perkhidmatan anak guam beliau mengikut Perkara 6.1 berdasarkan surat tawaran kerja bertarikh 4 Mei 2011 adalah tidak sah dan terbatal.

Menurutnya, ini kerana Perkara 6.1 yang digunakan secara sewenang-wenangnya bercanggah dan berlawanan dengan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan surcaj) 2000 atau lebih popular dengan nama Akta 605.

“Anak guam kami adalah termasuk dalam kategori ‘Pegawai Badan Berkanun’seperti Seksyen 4 Akta 605 yang mentafsirkan ‘pegawai’ seseorang yang diambil bekerja secara tetap, sementara atau kontrak oleh sesuatu badan berkanun, dan dibayar emolumen oleh badan berkanun berkenaan.

“Jawatankuasa Pengurusan universiti (JPU) bukanlah merupakan pihak berkuasa tatatertib ke atas anak guam kami berdasarkan Seksyen 6 Akta 605,” katanya.

Mohd Khairul Azam berkata, surat tawaran jawatan pegawai tadbir gred 41 bertarikh 4 Mei 2011 berkenaan dengan jelas menyatakan bahawa anak  guamnya pada setiap masa , tertakluk kepada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan surcaj) 2000.

“Penamatan perkhidmatan anak guam kami tidak mengikut prosedur Tatacara Tatatertib seperti termaktub dalam Bahagian V, Jadual Kedua, Seksyen 5 Akta 605,” katanya.

Beliau berkata, atas dasar penamatan yang tidak mengikut prosedur yang menjejaskan kehidupan dan menyebabkan tekanan emosi, Syahzan menuntut UUM dan Naib Canselor membatalkan semula surat berkenaan.

Malah, katanya UUM dan Naib Canselornya juga diminta menerima kembali plantif untuk bertugas dan membayar ganti rugi am dan sebarang kos yang difikirkan perlu oleh Mahkamah pada kadar 4 peratus setahun.

Mohd Khairul Azam berkata, anak guamnya  menunjukkan perkhidmatan cemerlang dalam penilaian prestasi tahunan sebanyak 90% selama 3 tahun berturut-turut dan telah memenuhi kesemua syarat lantikan dan rekod perkhidmatan yang bersih.

Tags / Kata Kunci: UUM

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan