Tikam Pengawal Keselamatan, Tukang Kebun Dipenjara 14 Hari

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 5:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang tukang kebun pada Rabu dipenjara 14 hari dan didenda RM1,500 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah menikam seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di sini Sabtu lepas.

Majistret Zuraini Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas Lawrence Munusamy, 43, yang didakwa mencederakan V. Suria, 32, dengan sebilah pisau sehingga mangsa cedera di pinggang dan mendapat 12 jahitan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pondok Pengawal Apartment Rampai Court, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju pada 4.30 petang, 21 Mac lepas.

Lawrence yang turut cedera dalam pergaduhan itu, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Ketika rayuan, peguam Mousa Azaddin yang mewakili Lawrence memohon supaya anak guamnya dikenakan hukuman paling ringan atas alasan tertuduh hanya sebatang kara dan hidup menumpang di rumah kawan-kawannya.

"Seumur hidupnya dia tidak pernah kenal siapa keluarganya, namun begitu dia mempunyai pekerjaan tetap sejak tahun lepas sebagai tukang kebun. Pergaduhan ini juga telah menyebabkan anak guam saya mengalami kecederaan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan mempertimbangkan kesalahan yang telah dilakukan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan