Dua Ahli Parlimen Antara Yang Didakwa Tidak Patuh Arahan Polis

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 7:14 PM

Mohd Hatta antara yang didakwa tidak patuh arahan polis ketika berhimpun bagi membantah CBP.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua Ahli Parlimen dan 23 yang lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Rabu terhadap pertuduhan tidak mematuhi arahan polis untuk bersurai ketika berkumpul membantah cukai barangan dan perkhidmatan (CBP), Isnin lalu.

Kesemua mereka membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak.

Ahli Parlimen itu ialah Dr Mohd Hatta Md Ramli (Kuala Krai), 58, dari PAS; dan Micheal Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput), 59, dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Di samping itu, Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau 'Chegubard', 36; bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM), Muhammad Safwan Anang@ Talib, 26; dan Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan, 47.

Manakala 20 individu lain ialah Suhaili Wan Azahar, 20; Azhar Achil, 39; Muhammad Sufian Jaafar Sidek, 27; Md Sani Md Shah, 37; Megat Khairul Anuar Razali, 29; Muhammad Nasir Abu Bakar, 26; Akmal Noradzmi Abd Rahim, 23; Mohd Nasaei Ismail, 30; B. Suresh Kumar, 38; Edy Noor Reduan, 34; Khairol Najib Hashim, 22; S. Nagenteran, 33; Tan Chee Hooi, 39; Ahmad Syukri Che Ab Razab, 29; M. Sarasvathy, 61; Y. Kohila, 39; Nashita Md Noor, 49; Soh Sook Hwa, 32; K. Bawani, 29: dan Annie Ooi Siew Lan, 69. 

Mereka didakwa tidak mematuhi arahan untuk bersurai yang dikeluarkan mengikut Seksyen 21(1)(d) Akta Perhimpunan Aman 2012 di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan SS 6/3 Kelana Jaya, Petaling Jaya, pada pukul 5 petang, 23 Mac.

Bagi kesalahan itu, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 21(3) akta yang sama yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000.

Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan RM5,000 dengan dua penjamin atas alasan bagi memastikan kehadiran kesemua tertuduh pada tarikh akan datang.

Antara peguam yang hadir ialah Roger Chan N. Visvanathan, Melisa Sasiteran, Fadhilah Fazil, Chan Wen Hui, Dinesh Muthal, Joshua Tay, Faridah Muhammad, Zulhazmi Shariff, Muhd Zaki Sukrey dan Muhd Fitry Hussain masing-masing memohon kesemua tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Tags / Kata Kunci: Ahli Parlimen , CBP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan