Warga Tempatan Terbabit Pencerobohan Tanduo - Saksi

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2015 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang penduduk kampung memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat beliau tahu mengenai pembabitan seorang warga tempatan, dalam pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kira-kira dua tahun lalu selepas mendengar penduduk di kampungnya bercerita mengenai tertuduh.

Saksi, Sawabun Harbaim dari Kampung Telibas Besar di Tungku, Lahad Datu berkata tertuduh Mohamad Ali Ahmad, mempunyai dua tempat tinggal iaitu di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Labian yang kedua-dua kampung itu jauh dari kampungnya.

"Saya mengesyaki Mohamad Ali terlibat dalam pencerobohan itu apabila dengar orang kampung bercerita," katanya, sambil menambah beliau mengetahui Mohamad Ali dikehendaki polis.

Sawabun berkata pada malam 22 Mac 2013, selepas dimaklumkan oleh penduduk Kampung Telibas Besar bahawa seorang lelaki dan seorang wanita telah dikepung oleh penduduk kampung di masjid kampung itu, beliau terus ke rumah jirannya untuk menghubungi polis.

Saksi berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan 30 individu yang mempunyai kaitan dengan pencerobohan oleh kumpulan bersenjata Sulu yang dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April 2013.

Ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Jamil Aripin, beliau berkata tiga anggota polis diketuai Insp Saiful Adli Hashim tiba di kampungnya pada kira-kira 9.30 malam dan saksi tersebut membawa anggota polis berkenaan ke masjid tersebut.

"Apabila dekat dengan masjid, Insp Saiful Adli berhenti lebih kurang 10 meter. Dia memerhati sekeliling masjid," katanya.

Ketika ditanya Jamil apa yang dilihatnya ketika itu, Sawabun berkata: "Saya nampak seorang lelaki dan seorang wanita di kaki lima masjid. Ramai orang kampung sedang mengepung masjid."

Jamil: Apa lelaki dan wanita itu buat di kaki lima masjid itu?

Sawabun: Mereka sedang duduk di kaki lima dan kelihatan gelisah.

Jamil: Adakah anda turut membantu mengepung lelaki dan wanita itu?

Sawabun: Ya.

Jamil: Adakah anda tahu sama ada lelaki dan wanita itu membuat apa-apa cubaan untuk melarikan diri daripada kepungan?

Sawabun: Tidak.

Sawabun berkata Saiful Adli telah masuk ke kawasan masjid tersebut dan membuat pemeriksaan ke atas tertuduh sebelum pasangan tersebut dibawa ke balai polis Cenderawasih.

Dikandang tertuduh adalah 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan dibicarakan atas pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung pada 23 Mac depan.

Tags / Kata Kunci: Lahad Datu , Kampung Tanduo

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan