Edar Dadah: Wanita Vietnam Ke Tali Gantung

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2015 7:03 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang wanita warga Vietnam kerana mengedar 2.1kg dadah jenis methamphetamin, empat tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Aziah Ali menolak rayuan Nguyen Thanh Ngoc Tuyet selepas memutuskan terdapat keterangan yang cukup untuk menyokong sabitan terhadap wanita berusia 27 tahun itu.

"Kami mendapati sabitan terhadap wanita itu selamat. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk mensabit dan menjatuhkan hukuman mati," kata Aziah yang bersidang bersama-sama dengan Datuk Mohd Zawai Salleh dan Datuk Ahmadi Asnawi.

Wanita tersebut, yang juga ibu kepada seorang anak, dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi George Town pada 18 Julai, 2012 selepas didapati bersalah mengedar dadah tersebut di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas, pada pukul 10.10 pagi, 26 Jun 2011.

Ketika mensabitkan Nguyen Thanh atas tuduhan itu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa wanita itu bukan pembawa ketakbersalahan apabila dadah itu ditemui tersorok dalam ruang khas beg yang dibawanya.

Dalam pembelaannya, Nguyen Thanh, seorang pelajar universiti yang tercicir, mendakwa dia telah membantu membawa beg milik kawannya Tran Tranh Tam tanpa pengetahuan mengenai kandungan beg tersebut.

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mendengar keterangan dua pegawai polis dari Vietnam yang memaklumkan mereka merakamkan keterangan Tran Tranh yang menyatakan dia tidak memberitahu Nguyen Thanh bahawa kandungan yang dibawanya mengandungi dadah tetapi sebaliknya pakaian.

Pada 11 Okt 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Nguyen Thanh untuk mengemukakan keterangan baharu iaitu kenyataan dua pegawai polis itu serta keterangan lisan tiga saksi warga Vietnam termasuk Tran Tranh bagi membuktikan ketakbersalahan.

Bagaimanapun, mahkamah dimaklumkan bahawa Tranh Tranh memilih untuk tidak datang memberi keterangan kerana dia sedang menjalani hukuman penjara selama lapan tahun di negaranya atas kesalahan menjual dadah.

Bagaimanapun, Nguyen Thanh mempunyai peluang terakhir untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.

Wanita itu diwakili oleh peguam K. Simon Murali manakala Timbalan Pendakwa Raya, Norinna Bahadun bertindak bagi pihak pendakwaan.

Tags / Kata Kunci: Mahkamah , Edar Dadah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan