MIC Lwn RoS: Mahkamah Putuskan Permohonan Kebenaran Jumaat Ini

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 8:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan Jumaat ini untuk memutuskan sama ada akan membenarkan atau menolak bantahan awal Pendaftar Pertubuhan (RoS) terhadap permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman difailkan beberapa pemimpin MIC berhubung arahan supaya parti itu mengadakan pemilihan semula.

Sekiranya mahkamah membenarkan bantahan itu, ia tidak akan mendengar dua permohonan bagi kebenaran itu.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas mendengar hujahan dikemukakan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan, mewakili RoS, dan peguam B. Jadadish Chandra, mewakili beberapa pemimpin MIC termasuk presiden Datuk Seri G. Palanivel.

Dua permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman itu difailkan secara berasingan. Permohonan pertama difailkan pada 23 Februari oleh anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC A. K. Ramalingam, 47, yang menamakan RoS dan Ketua Pengarahnya Mohammad Razin Abdullah, sebagai responden.

Pada 24 Februari, Palanivel, dua naib presiden Datuk S. Sothinathan dan Datuk S.Balakrishnan dan bekas setiausaha agung A. Prakash Rao memfailkan permohonan kedua, menamakan ROS dan Menteri Dalam Negeri masing-masing sebagai responden pertama dan responden kedua.

Semasa ditanya alasan bagi bantahan itu, Suzana memberitahu pemberita, pemohon masih belum lagi kehabisan remedi statutori di bawah Akta Pertubuhan 1966, kuasa RoS di bawah Seksyen 16 akta itu tidak tertakluk bagi semakan dan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayani permohonan mengikut klausa penyingkiran ditetapkan dalam Seksyen 18C akta itu.

Klausa penyingkiran mencegah mahkamah daripada mendengar perkara yang mempersoalkan keputusan dibuat oleh parti politik.

Mahkamah juga membenarkan permohonan bekas Ketua Pemuda MIC Senator Datuk S.A.Vigneswaran untuk menjadi pencelah dalam permohonan semakan kehakiman itu.

Peguam mewakili Vigneswaran, Datuk David Gurupatham, memberitahu pemberita anak guamnya mempunyai kepentingan langsung untuk mencelah dalam prosiding itu kerana beliau ialah pengadu (yang membuat laporan kepada RoS).

Dalam permohonan itu, Palanivel, Sothinathan, Balakrishnan dan Prakash Rao memohon, antara lain, satu pengisytiharan bahawa perkara berkaitan dengan pemilihan parti tertakluk oleh perlembagaan parti dan tidak boleh berasaskan pendapat RoS.

Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa keputusan mesyuarat agung tahunan MIC yang diadakan pada 30 November, 2013, adalah sah dan berkuat kuasa.


Keempat-empat pemohon itu juga memohon injunksi sementara untuk menghalang kedua-dua responden daripada mengambil sebarang tindakan terhadap MIC atau mengeluarkan arahan kepada parti itu sehingga permohonan semakan kehakiman itu selesai.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan