Sebabkan Kematian Nenek: Bekas Pegawai Imigresen Dihukum Penjara 10 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 11:42 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang bekas pegawai Imigresen dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin selepas mengaku menyebabkan kematian neneknya kira-kira dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Noorin Badaruddin menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamad Khairul Anuar Najhib, 31, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Khairul Anuar sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa menyebabkan kematian Norsiah Marshidi, 77, di sebuah rumah di Lorong 2, Kampung Baru, Gunung Rapat di sini pada kira-kira 5.30 petang 25 Okt 2013.

Khairul Anuar diwakili Ranjit Singh manakala pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong.

Terdahulu, Ranjit Singh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya tertekan dengan masalah perkahwinan dan perceraian ketika kejadian.

Bagaimanapun, Noorin dalam penghakimannya berkata tertuduh melakukan kesalahan yang serius sehingga menyebabkan anggota keluarga sendiri terkorban.

Beliau berkata tertekan dengan masalah perkahwinan dan perceraian tidak boleh dijadikan alasan untuk melakukan kesalahan itu.

Ketika membentangkan fakta kes, Harris Ong berkata semasa kejadian, tertuduh pergi ke rumah Norsiah yang ketika itu ditemani anak perempuan mangsa dan cucu saudaranya.

Tertuduh telah menendang dan menyerang mereka serta merosakkan barangan di dalam rumah sebelum ke dapur mengambil kuali untuk memukul neneknya.

Harris Ong berkata bedah siasat oleh Pakar Forensik dan Ketua Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Dr Mohammad Shafie Othman mendapati punca kematian mangsa ialah kecederaan kepala akibat trauma tumpul dengan septisemia.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati tertuduh telah menyebabkan kematian mangsa, serta kecederaan terhadap anak mangsa yang juga ibu saudara tertuduh, dan cucu mangsa.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan