Simpan Haiwan: 17 April Rundingan Pengakuan Bersalah Kes Pengarah Syarikat

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 12:05 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 17 April depan untuk rundingan bagi pengakuan bersalah kes pengarah syarikat Rona Wildlife Enterprise yang berdepan dua pertuduhan menjaga dan menyimpan lima ekor kura-kura tanpa permit khas.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menetapkan tarikh itu selepas peguam Ramesh Raj yang mewakili K. Muthukomar memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya telah mengemukakan permohonan rundingan bagi pengakuan bersalah terhadap anak guamnya ketika kes itu disebut pada KHamis.

Rundingan bagi pengakuan bersalah adalah proses yang diadakan antara pihak pendakwaan dan pembelaan sebagai insentif bagi tertuduh memilih untuk mengaku salah tanpa perlu melalui proses perbicaraan.

Pada 19 Disember 2013, Muthukomar dan pengurus syarikat itu, Cheah Bing Shee didakwa bersama-sama syarikat tersebut atas pertuduhan menjaga tiga ekor kura-kura memanjang lelaki (Indotestudo elongata), juga dikenali sebagai baning lonjong jantan, tanpa permit khas mengikut Seksyen 68 (1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Mereka juga berdepan pertuduhan kedua iaitu menyimpan dua ekor kura-kura betina memanjang tanpa permit khas mengikut Seksyen 70 (1) akta yang sama.

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 157, Mukim 1, Pantai Acheh dekat sini pada 1.30 tengah hari, 24 November 2013.

Bagi pertuduhan pertama Cheah, Muthokumar dan syarikat Rona Wildlife Enterprise berdepan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya manakala pertuduhan kedua membawa hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu mahkamah turut menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes terhadap Cheah.

Cheah mengaku tidak bersalah terhadap kedua-kedua pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan