Kelantan Mahu Masukkan 14 Persoalan Dalam Perbicaraan Saman Royalti Minyak

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 8:06 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk memasukkan 14 persoalan dan isu undang-undang dalam pendengaran samannya terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang didakwa melanggar kontrak berhubung royalti minyak.

Antara persoalan berkenaan ialah hak yang dimiliki kerajaan Kelantan terhadap petroleum di kawasan daratan dan luar pantai Kelantan sebelum Akta Pembangunan Petroleum 1974 dikuatkuasakan pada 1 Okt 1974 serta  pelaksanaan Perjanjian Kelantan dan Geran Kelantan pada 9 Mei 1975.

Isu lain ialah sama ada dengan keengganannya menjelaskan bayaran secara tunai kepada Kelantan bagi petroleum yang didapatkan dan diperoleh di luar pesisir Kelantan tanpa membayarnya, Petronas melanggar Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rosnaini Saub menetapkan 10 April sebagai tarikh bagi memberi keputusan mengenai permohonan kerajaan Kelantan kerana beliau memerlukan masa untuk meneliti hujah peguam Tommy Thomas yang mewakili Kerajaan Kelantan.

Tan Sri Cecil Abraham mewakili Petronas manakala peguam kanan persekutuan Suzana Atan mewakili Kerajaan Malaysia.

Petronas dan Kerajaan Malaysia mengemukakan enam persoalan dan isu undang-undang, yang akan didengar mahkamah pada perbicaran yang akan ditetapkan kemudian.

Rosnaini meminta pihak terbabit supaya membincangkan tarikh pendengaran itu dan mencadangkannya kepada mahkamah pada hari berkenaan (10 April).

Pada 2 Julai tahun lepas, Mahkamah Rayuan memerintahkan supaya saman itu dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memutuskan mengenai persoalan undang-undang, tanpa perbicaran penuh mengikut Perintah 14A Peraturan-peraturan Mahkamah 2012.

Dalam keputusannya, panel lima anggota Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong berkata tidak ada pertikaian terhadap fakta yang memerlukan mahkamah memanggil saksi untuk memberi keterangan.

Mahkamah tertinggi itu memberi keputusan itu setelah menolak rayuan Kerajaan Kelantan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 26 April 2012, yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkan agar saman sivil itu hanya diputuskan berdasarkan persoalan undang-undang.

Pada 30 Ogos 2010, Kerajaan Kelantan memfailkan saman itu terhadap Petronas, dengan menuntut Petronas menjelaskan bayaran tertunggak dan bayaran tunai hadapan bagi petroleum yang dikeluarkan di luar pantai Kelantan seperti terkandung dalam perjanjian cari gali petroleum antara mereka.

Dalam kenyataan tuntutannya, Kerajaan Kelantan juga menuntut pampasan dan kos.

Bagaimanapun, ia tidak menyebut jumlah yang dituntut daripada Petronas.

Dalam saman itu, Kerajaan Kelantan berkata Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 dengan jelas menyebut bahawa Petronas perlu membayar secara tunai hasil minyak sebanyak lima peratus, sama ada bagi hasil cari gali di daratan atau luar pantau.

Satu fasal dalam perjanjian itu menyebut bahawa pembayaran perlu dibuat dalam bentuk tunai dua kali setahun pada atau sebelum 1 Mac dan pada atau sebelum 1 September.

Kerajaan Kelantan menamakan Petronas sebagai satu-satunya defendan.

Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan berjaya dalam permohonannya sebagai pencelah untuk dinamakan sebagai defendan kedua dalam saman itu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan