COO Cabul Pekerja Wanita

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ketua pegawai operasi sebuah syarikat percetakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat atas tiga pertuduhan mencabul kehormatan seorang pekerja wanitanya, bulan lepas.

K.S. Vasan, 52, didakwa mencabul dengan memegang dada wanita yang berumur 32 tahun di sebuah pejabat di Mont Kiara, Sentul di sini, pukul 10.30 pagi, 23 Feb lepas.

Bagi pertuduhan kedua, Vasan didakwa telah memegang punggung mangsa di dalam lif bangunan pejabat itu antara pukul 9 hingga 6 petang, antara Disember 2014 hingga Januari lepas.

Tertuduh turut didakwa memegang pinggang mangsa di tangga kecemasan di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Azura Murah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut dan menetapkan 26 Mac ini bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Ravindran.

Tags / Kata Kunci: COO , Cabul

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan