Curi Di Masjid, Pengawal Keselamatan Dipenjara Lima Minggu

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 6:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara lima minggu oleh Mahkamah Majistret di sini, Khamis, selepas mengaku bersalah mencuri beg uncang milik seorang peniaga di sebuah masjid bulan lepas.

Majistret Saifulakmal Said memerintahkan Ismail Mat Din, 38, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 10 Februari lepas.

Ismail didakwa mencuri satu beg uncang yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad minyak Petron dan wang tunai berjumlah RM450 kesemuanya milik Rosli Salleh, 50, di Masjid  Jamek, Sri Petaling, Brickfields di sini pada 9 malam, 9 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon mahkamah  mengenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana tugas tertuduh sepatutnya menjaga kepentingan awam.

Bagaimanapun, Ismail yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan sudah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan itu.
Tags / Kata Kunci: curi di masjid , Saifulakmal Said

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan