Pegawai Polis Mengaku Tidak Bersalah Pikat Isteri Guru

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2015 6:44 PM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis berpangkat ASP mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu terhadap tiga pertuduhan memikat isteri orang tahun lepas.

ASP Badrol Hisham Othman, 44, didakwa memikat wanita berusia 43 tahun itu, yang juga isteri seorang guru berusia 48 tahun, dengan niat supaya wanita itu boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya.

Badrol Hisham, yang bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Sungai Besi di sini pada 6 Mac, 29 April dan 13 Oktober 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan.

Hakim Zulqarnain Hassan membenarkan Badrol Hisham diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 10 April untuk sebutan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan