Peniaga Dihadap Ke Mahkamah Guna Gelaran 'Datuk' Halang, Ugut Polis

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2015 5:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga pakaian dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu kerana menggunakan gelaran 'Datuk' untuk menghalang dan mengugut seorang pegawai polis.

Tee Swee Yap, yang dituduh di hadapan Majistret Saifulakmal Said, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Tee didakwa menggunakan gelaran nama sebagai Yang Berbahagia Datuk Swee Yap serta lambang Istana Balai Besar Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan untuk membuat urusan kerajaan dengan seorang penjawat awam, Inspektor Raabuan Mohd Ain, 35.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 3 (1) (A) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 dan boleh didenda tidak melebihi RM1,000, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Tee didakwa menghalang Inspektor Raabuan dari menjalankan kerja dan dia didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun, atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan ketiga, Lee didakwa mengugut Inspektor Raabuan, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) dan boleh didenda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.

Lee didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di hadapan pintu pagar Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Jalan Perkasa I, Taman Maluri, Cheras, pada pukul 3 pagi, 21 Januari lepas.

Majistret Saifulakmal Said membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 30 Mac untuk sebutan semula kes.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Inspektor Nom Phot Prackdit menawarkan jaminan RM4,000 bagi kesemua pertuduhan.

Bagaimanapun Lee, yang diwakili peguam V. Saravanan, memohon jaminan paling minimum dengan alasan tertuduh perlu menanggung isteri yang tidak bekerja, tiga anak yang masih kecil dan ibu bapa selain tertuduh mempunyai penyakit gastrik yang teruk.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan