16 Lelaki Ceroboh DUN P.Pinang Didenda

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2015 6:29 PM

Sebahagian daripada 16 individu yang dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Majistret pada Rabu kerana menceroboh bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 21 Mei tahun lepas. Seramai 15 individu diarahkan membayar denda sebanyak RM1,500 setiap seorang manakala seorang lagi dikenakan denda RM1,000. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: 15 lelaki masing-masing didenda RM1,500 setiap seorang atau penjara dua bulan dan seorang tertuduh didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Mei tahun lepas.


Mereka ialah Datuk Mohd Ridzwan Bakar, 54; Hisham Ahmad Sabri, 43; Afriz Mohd Noor, 36; Rosesarwandi Saad @ Yaacob, 33; Mohd Rizuad Mohd Azudin, 37; Hisham Abdul Hamid, 38; Mohd Nashrol Hisham Abdullah, 38; Azmeal Abu Bakar, 42;Mohd Yusmadi Mohd Yusof, 34; Mohamad Hilmie Ibrahim, 37; Jasmin Noordin, 40; Nordin Wahab, 41; Mohamed Ghani Abd Jiman, 48; Wan Abidin Zain, 51; Mohamed Ibrahim A. Siahoo, 31; dan Wan Norazman Ariffin, 41.

Kesemua mereka mengaku bersalah pada Rabu di hadapan Majistret Catherine Nicholas selepas ditawarkan pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka didakwa menceroboh DUN itu pada 1.30 tengah hari, 21 Mei tahun lepas dengan niat hendak menggusarkan Setiausaha Dewan, M. Maheswari.

Pada Jun tahun lepas, dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani dan 15 tertuduh pertama diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos manakala Wan Norazman diwakili peguam Rosli Ismail.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan