Tukang Besi Bebas Tuduhan Miliki Dadah

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2015 5:07 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dua tukang besi terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Tinggi membebaskan mereka daripada pertuduhan memiliki dadah jenis heroin seberat 23.6 gram dan 3.7 gram Monoacetylmorphines tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan pemilikan dadah itu oleh kedua-dua lelaki terbabit.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh, See Boon Chin, 35, dan Lee Chia Yoong, 39, didakwa memiliki dadah terbabit di sebuah rumah di Taman Samudera, Jalan Lencong Barat di sini, pada 1.30 tengah hari, 31 Oktober 2012.

Bagi pertuduhan itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nuur Hafiedzah Md Daud, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh dan Prem Singh.

Sementara itu dalam kes berasingan di mahkamah sama, Mohd Zaki memerintahkan seorang wanita dan dua lelaki supaya membela diri atas pertuduhan membunuh seorang lelaki empat tahun lepas.

Ketiga-tiga tertuduh, Nor Liana Nor Wahi, 36, Mohd Azeryee Anuar, 32, dan Kamaruddin SK Abdul Halim, 33, didakwa membunuh Mohd Nasir Isahak, 39, empat tahun lepas.

Ketiga-tiga mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Menurut kertas pertuduhan, kejadian didakwa berlaku antara 7 malam hingga 7.45 malam di bilik 310, Hotel Park Avenue, Taman Sejati Indah, Sungai Petani pada 19 September 2011.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Maizatul Zini Tajuddin, manakala pembelaan oleh Naran Singh dan Prem Singh.

Mohd Zaki menetapkan 12 April depan sebagai tarikh perbicaraan.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan