Empat Rakan Termasuk Dua Tentera Didakwa Rompak Ahli Perniagaan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 4:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat rakan termasuk dua anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat terhadap pertuduhan mencederakan dan merompak seorang ahli perniagaan, dua minggu lepas.

Azizul Jakpar, 31, Muhamad Amierul Hafeez Sharin, 23, kedua-duanya anggota tentera, tukang paip Chan Chee Wai, 41, dan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa mencederakan How Teck Kean, 45, semasa merompak kereta BMW serta beg pinggang berisi telefon bimbit, dokumen dan wang tunai RM100 milik lelaki itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Kepong dekat sini pada 7 pagi, 19 Februari lepas, mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Chan dan Muhamad Amierul Hafeez turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan merompak wang tunai RM100 milik mangsa sama di No.26, Jalan Antoi 3, Kepong Baru, Sentul di sini pada 9 pagi hari yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Zanol Rashid Hussain membenarkan Azizul dan remaja perempuan itu masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala Chan dan Muhamad Amierul Hafeez masing-masing RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 April untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Poad, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan