Bicara Kes Fitnah Nizar Bermula 10 Jun

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 12:54 PM

Mohammad Nizar Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menetapkan tiga hari bermula 10 Jun depan sebagai tarikh perbicaraan kes fitnah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hampir tiga tahun lepas.

Hakim Norhayati Mat menetapkan tarikh berkenaan selepas kes membabitkan ketua pembangkang Perak yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jering itu disebut semula di hadapannya pada Jumaat.

Mohammad Nizar, 59, yang beralamat di Sungai Rokam, didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Perak itu didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan tersebut akan merosakkan nama baik Najib.

Dia didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Mohammad Nizar daripada pertuduhan memfitnah Najib selepas membenarkan bantahan awal pihak  pembelaan yang diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berhubung isu pengadu dalam kes itu.

Hakim Rihaida Rafie memutuskan bahawa aduan yang dibuat dalam kes itu cacat dan tidak boleh diterima kerana terdapat kekeliruan siapa yang sebenarnya membuat aduan.
Tags / Kata Kunci: Mohammad Nizar Jamaluddin , fitnah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan