Persenda Islam: Perbicaraan Ke Atas Vivian Lee Diteruskan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 4:26 PM

Gambar dalam laman Facebook yang mencetuskan kontroversi sehingga kedua-duanya didakwa mengikut Akta Hasutan kerana mempersendakan Islam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan ke atas Vivian Lee, bekas teman wanita penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang menghadapi pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan akan diteruskan di Mahkamah Sesyen di sini pada 13 Julai depan.

Timbalan Pendakwa Raya, Yong Anne Nee memberitahu Hakim Abdul Rashid Daud bahawa prosiding itu akan diteruskan walaupun tanpa kehadiran Tan, 27, ke mahkamah.

Tan, gagal hadir kali pertama ke mahkamah pada 13 Jun tahun lepas ketika sebutan kes itu.

Mahkamah bagaimanapun mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas gagal mengembalikan pasport yang dipohonnya bagi tujuan penggambaran dokumentari di Singapura.

Dalam prosiding pada Jumaati juga Tan tidak hadir.

Anne Nee berkata, pertuduhan itu masih diteruskan terhadap Lee, 26, kerana ia masih terpakai dan pihaknya akan mengemukakan empat atau lima saksi.

Bagaimanapun, peguam Nur Adila Kamar Zaman yang mewakili wanita itu memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan lain atas alasan pihaknya akan mengemukakan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan itu.

Katanya permohonan turut dibuat atas alasan menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan kes Akta Hasutan yang dihadapi pensyarah undang-undang, Azmi Shahrom.

Bagaimanapun, hakim menolak permohonan itu dan menetapkan perbicaraan selama tiga hari bermula 13 Julai depan.

Pada 18 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan membebaskan Alvin dan Vivian daripada satu pertuduhan iaitu menimbulkan permusuhan antara penganut pelbagai agama melalui perbuatan mereka memuat naik gambar menghina umat Islam ketika Ramadan melalui laman sosial Facebook.

Mereka pada mulanya menghadapi tiga pertuduhan. Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, dua lagi pertuduhan terhadap Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, dan Lee, atau Lee May Ling, kekal.

Mereka didakwa mengikut Akta Hasutan kerana menyiarkan gambar dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh...fragrant, delicious and appetising)' dalam laman facebook.

Satu lagi pertuduhan ialah menyiarkan gambar pornografi dalam laman facebook mereka.


Tags / Kata Kunci: Vivian Lee , Alvin Tan , Ramadan , Islam , Bak Kut Teh

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan