NFCorp: Rafizi Ramli Akan Dipanggil Beri Keterangan

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 1:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang dikemukakan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Saman itu difailkan Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung PKR ketika itu, Datuk Saifuddin Nasution berhubung pembelian lapan unit hartanah di KL Eco City, Bangsar.

Peguam Syed Ismat Syed Muhammad, yang mewakili Mohamad Salleh dan NFCorp, ketika ditemui pemberita berkata selain Mohd Rafizi, Mohamad Salleh dan Nurul Izzah, yang selesai memberi keterangan pada 5 dan 7 Jan lepas, akan dipanggil semula untuk memberi keterangan dalam kes saman itu.

Syed Ismat berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng turut menetapkan 15 April untuk pengurusan kes ketika kes berkenaan disebut di dalam kamarnya hari ini dengan dihadiri peguam Joshua Kevin yang mewakili Nurul Izzah dan Saifuddin selaku defendan.

Pada 4 Feb lepas, Hakim Hue membenarkan permohonan Mohamad Salleh untuk meminda jawapan kepada pernyataan pembelaan kedua-dua defendan dengan memasukkan butiran berniat jahat dalam kes saman fitnah itu.

Pada 24 Dis 2013, Mohamad Salleh dan syarikatnya NFCorp memfailkan saman dengan mendakwa Nurul Izzah membuat kenyataan berhubung pendedahan Rafizi, ketika itu Pengarah Strategi PKR, mendakwa Mohamad Salleh membeli lapan unit hartanah KL Eco City menggunakan dana yang diperuntukkan kepada NFCorp.

Kenyataan Nurul Izzah itu disiarkan Malaysiakini TV pada 7 Mac 2012.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh mendakwa kenyataan Nurul Izzah itu membawa maksud beliau dan keluarganya menyalahgunakan dana NFCorp untuk membeli unit hartanah berkenaan untuk kegunaan sendiri.

Tags / Kata Kunci: NFCorp , PKR

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan