Peguam, Dua Anggota Polis Didakwa Terima Rasuah Bebaskan Warga Asing

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 11:25 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua anggota polis berpangkat koperal dan seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meminta dan menerima rasuah untuk 'membebaskan' lima wanita warga China yang dihukum berhubung kesalahan imigresen 19 Januari lepas.

Tertuduh pertama, Koperal Muhammad Haikal Kelvin Anderias, 30, yang berkhidmat di Mahkamah Klang didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada seorang anggota polis berpangkat koperal untuk 'membebaskan' seorang tertuduh wanita warga China, Ren Zhi Rong yang dihukum berhubung kesalahan imigresen. 

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 3.30 petang di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Klang 19 Jan lepas.

Tertuduh kedua, peguam B. Rajvinder Singh, 28, didakwa memberi suapan RM6,000 kepada tertuduh ketiga, Koperal Kasmi Kamary yang berkhidmat di Mahkamah Klang sebagai dorongan untuk 'membebaskan' empat wanita warga China yang dihukum berhubung kesalahan imigresen. 

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 2.30 petang di lobi Kompleks Mahkamah Klang 19 Jan lepas.

Koperal Kasmi, 53, pula dituduh menerima rasuah RM6,000 daripada Rajvinder Singh bagi kesalahan sama. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh sama. 

Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 17 (a) dan (b) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 

Hakim Datuk Noradidah Ahmad menetapkan jaminan sebanyak RM4,000, RM8,000 dan RM6,000 dengan seorang penjamin masing-masing bagi tertuduh pertama, kedua dan ketiga. 

Beliau menetapkan 23 Mac depan sebagai tarikh sebutan kes bagi ketiga-tiga tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Nazrul Nizam Mohd Zameri, manakala tertuduh pertama dan kedua diwakili peguam BS Ananthan dan tertuduh ketiga peguam Aminuddin Mohd Ramli.

Tags / Kata Kunci: rasuah , warga asing

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan