Remaja Indonesia Dihukum Gantung Sampai Mati

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 4:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang remaja warga Indonesia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, selepas didapati bersalah mengedar tiga kilogram dadah jenis methamphetamine di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu ke atas Ajeng Yulia, 21, selepas mendapati keterangan yang diberikan bekas juruwang itu gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ajeng yang berasal dari Jakarta dituduh mengedar dadah berkenaan di lapangan terbang itu pada pukul 11 malam, 10 Nov 2013.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. 

Pada penghakimannya, Ab Karim berkata mahkamah menolak pembelaan secara bersumpah tertuduh yang mendakwa tidak mengetahui bagasi yang dibawanya dari New Delhi ke sini mengandungi dadah, kerana bagasi itu diberikan oleh seorang bernama 'Stanley'.

'Stanley' menurut tertuduh adalah warga Nigeria yang dikenalinya di New Delhi.

Ab Karim berkata:"Bagaimana seorang juruwang yang tidak mempunyai pendapatan tetap, boleh ke New Delhi untuk berjumpa 'Stanley', kononnya untuk belajar bahasa Inggeris sebelum terbang ke Malaysia seorang diri?"

"Tertuduh memberikan nama 'Stanley', namun tidak mengemukakan nombor telefon atau alamat lelaki itu. Hanya menggunakan nama 'Stanley' sedangkan terdapat beribu-ribu lelaki yang mempunyai nama itu," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia Mohd Radzi Shah Abdul Razak manakala tertuduh diwakili peguam Aina Azemi. 

Tags / Kata Kunci: Dadah , Mati , Indonesia

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan