Guna Wang Palsu: Kontraktor Dipenjara Tujuh Bulan

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara menggunakan wang kertas palsu untuk membeli pakaian terpakai, seorang kontraktor dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Ismail Abd Kadir, 32, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah sebaik pertuduhan dibacakan semula pada Isnin lepas.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 17 Januari lepas.

Mengikut pertuduhan, Mohd Ismail didakwa menggunakan dua keping wang kertas RM100 yang didapati palsu untuk membeli jaket dan seluar di kedai pakaian terpakai di Downtown Cheras di sini pada 12.15 tengah malam, 17 Jan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 489 B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda.

Mengikut fakta kes, tertuduh menyerahkan wang berkenaan kepada pengadu selepas membeli pakaian berharga RM140 di kedai itu, namun pengadu yang tidak mempunyai wang baki yang cukup cuba menukar wang itu di kedai rakannya.

Bagaimanapun, rakannya memberitahu bahawa wang berkenaan adalah palsu kerana ia mempunyai nombor siri yang sama.

Menyedari perkara itu, tertuduh terus melarikan diri tetapi berpatah balik ke kedai pengadu untuk mengambil airnya yang tertinggal di situ.

Namun, dia dapat ditahan dan diserahkan kepada polis.

Ketika rayuan meringankan hukuman, Mohd Ismail yang tidak diwakili peguam dilihat menangis di dalam kandang tertuduh dan mengaku membuat sendiri wang palsu itu selepas mempelajarinya daripada seorang rakan.

"Saya sudah insaf. Saya buat ini (wang palsu) sebab mahu menanggung keluarga yang susah termasuk isteri dan seorang anak," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Aizam Aiza Zamran.
Tags / Kata Kunci: wang palsu , kontraktor

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan