Pekerja Boarders Dilepas Daripada Pertuduhan Sebar Buku Karya Irsyad Manji

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 5:05 PM

Nik Raina Nik Abdul Aziz bersama peguamnya, Rosli Dahlan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari inimelepaskan tanpa membebaskan pekerja kedai buku Borders, Nik Raina Nik Abdul Aziz, daripada pertuduhan menyebar buku karya penulis kontroversi, Irsyad Manji.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Nik Raina, yang diwakili peguam Rosli Dahlan, supaya dilepaskan daripada pertuduhan itu.

Terdahulu, mahkamah mendengar hujahan Pendakwa Syarie Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Zainor Rashid Hassin dan Rosli.

Dalam keputusannya, Mohd Amran berkata mahkamah mengambil kira bahawa Mahkamah Tinggi Sivil dan Mahkamah Rayuan sebelum ini telah menyentuh perkara itu (pertuduhan terhadap Nik Raina) dan telah membuat keputusan bahawa pertuduhan itu adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.

Katanya mahkamah mengambil pertimbangan sewajarnya supaya perkara itu tidak kelihatan seperti permasalahan dan percanggahan antara sistem perundangan.

"Walaupun di negara ini mengamalkan dua sistem iaitu Sivil dan Syariahtetapi rohnya adalah sama untuk memberi kepentingan yang diperlukan. Mahkamah juga mengambil kira ketiadaan status yang jelas mengenai Jabatan Peguam Negara memfailkan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan," katanya.

Pada 30 Disember tahun lepas, Mahkamah Rayuan memutuskan tindakan Jawi menyerbu kedai buku Borders dan merampas buku itu adalah menyalahi undang-undang dan tindakan Jawi menyiasat kes terhadap Nik Raina, yang ketika itu pengurus stor dikedai itu, adalah tidak munasabah dan bersifat mala fide.

Nik Raina, 39, dilihat menitiskan air mata sejurus keputusan mahkamah itu,dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada hakim.

Nik Raina, yang kini pengurus bahagian latihan di Borders The Curve, memeluk majikannya, Yau Su Peng, sebelum beredar dari mahkamah.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Nik Raina sekali lagi melahirkan rasa gembira dan syukur kerana keputusan itu memihak kepadanya.  

Pada 19 Jun 2012, Nik Raina didakwa menyebar buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' karya penulis kontroversi, Irshad Manji, yang bertentangan dengan hukum syarak di kedai buku Borders di The Gardens Mall, Mid Valley.

Nik Raina didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara menjual buku bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta (Keberanian untuk menyelaraskan kebebasan denganiman) terjemahan buku tulisan Irshad yang bertajuk 'Allah, Liberty and Love' (The courage to reconcile faith and freedom) yang bertentangan dengan hukum syarak.   

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kedai buku Borders, milik Berjaya Books Sdn Bhd, Lot T-216B, Tingkat 3, The Gardens Mall, Mid Valley City, antara 8.41 dan 9.45 malam pada 23 Mei 2012.   

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 13(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan