Baling Batu, Remaja Dihukum Kerja Khidmat Masyarakat

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 7:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara membaling batu pada pekerja gerai makan, remaja lelaki berumur 18 tahun dikenakan hukuman menjalankan kerja khidmat masyarakat selama tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Rabu.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu ke atas remaja terbabit setelah dia mengaku bersalah mencederakan Krishnamoorthy Chinnadurai,28, dengan membaling sebiji batu yang mengenai kepala mangsa, sebagai senjata yang boleh mendatangkan kematian.

Mahkamah menjatuhkan hukuman perintah kehadiran wajib empat jam sehari selama tiga bulan berturut-turut mengikut Seksyen 5 Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 terhadap tertuduh kerana dia merupakan pesalah muda.

Remaja terbabit, seorang pembantu gerai makan lain, didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan gerai makan, tepi jalan Lorong Sentul Pasar, Sentul, disini pada pukul 9 pagi, 16 Februari lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah datang dan memarahi mangsa yang ketika itu sedang bekerja di gerai makan dengan meluahkan kata-kata kotor terhadapnya kerana dia lambat mengambil pesanan makanan.

Ketika Krishnamoorthy mahu beredar, tertuduh telah mengambil batu lalu membaling ke arahnya dan terkena di bahagian kiri kepala mangsa, menyebabkan mangsa menerima tiga jahitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah MohdYushaa, manakala remaja itu tidak diwakili peguam. 

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan