Pasangan Patut Disabitkan Bunuh Pembantu Rumah - Mahkamah Rayuan Diberitahu

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 6:17 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pasangan suami isteri patut disabitkan bagi kesalahan membunuh pembantu rumah mereka kerana mereka sengaja mengabaikannya dengan tidak memberinya makan untuk satu tempoh lama yang menyebabkan kematian wanita warga Kemboja itu, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu, Selasa.

Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali berhujah bukan sahaja Mey Sichan yang hanya seberat 26.1 kg tidak diberi makanan untuk dimakan tetapi wanita itu juga  telah didera dan dicederakan dengan kesan kecederaan pada seluruh tubuhnya.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah gagal untuk meneliti keterangan berhubung dengan penderaan dilakukan pasangan itu terhadap si mati.

"Tiada sebab untuk si mati mencuri makanan atau mencari cebisan makanan dalam tong sampah kecuali dia tidak diberikan makanan," kata Lailawati dan menurutnya Mey turut tidak diberikan rawatan perubatan.

Pihak pendakwaan memgemukakan rayuan balas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 16 Mei, 2013 untuk mensabitkan pemilik kedai perkakasan  Soh Chew Tong dan isterinya Chin Chui Ling mengikut pertuduhan lebih ringan iaitu menyebabkan kematian berbanding pertuduhan asal iaitu membunuh.

Pasangan itu, masing-masing dihukum penjara 24 tahun bagi sabitan menyebabkan kematian Mey, 24, di rumah mereka di Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 1 Jan dan 1 April, 2012.


Soh, 46 dan Chin, 43, juga merayu terhadap sabitan dan tempoh hukuman penjara mereka.

Lailawati berhujah ia bukan merupakan perbuatan cuai di pihak pasangan itu yang menyebabkan kematian wanita itu tetapi sebaliknya akibat perbuatan penderaan oleh pasangan itu bagi tempoh yang lama.

Peguam yang mewakili pasangan itu, Datuk K. Kumaraendran dalam hujahannya berkata pihak pendakwaan tidak membuktikan keraguan melampaui munasabah bahawa wanita itu mati akibat kebuluran.

Beliau berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan keterangan untuk menunjukkan si mati tidak menghidap penyakit lain yang mungkin telah membawa kepada badan wanita itu menjadi kurus kering.

"Tanpa menolak kemungkinan bahawa si mati menghidap penyakit, misalnya,  tuberculosis, pernicious anaemia atau anorexia nervosa, tidak boleh dirumuskan bahawa penyakit gastrik ulser dihidap si mati adalah disebabkan perayu tidak memberi makanan kepada si mati," katanya.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Ahmadi Asnawi menangguhkan keputusan mereka ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Mey yang mula bekerja dengan pasangan itu pada Julai 2011, ditemukan mati di rumah kedai pasangan itu dengan 29 kesan kecederaan lama dan baharu pada badannya dan mengalami penghidratan teruk. Kematiannya akibat gastrik ulser yang dibiarkan tidak dirawat selama seminggu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan