'Mencuri Untuk Sara Anak', Kata Tertuduh

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 7:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur yang didakwa mencuri lima paket Nescafe, menjadikan alasan kehidupannya yang terdesak untuk menyara anaknya yang masih bersekolah, sebagai rayuan untuk meringankan hukuman.

Noorul Zaman Mohd Amin, 38, yang mengaku bersalah terhadap tuduhan itu, kelihatan sugul di kandang tertuduh. 

Dia turut menyatakan baru sahaja bercerai dengan isteri yang menghidap penyakit mental. 

Bagaimanapun alasan sedemikian dibantah Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi yang kemudiannya memohon mahkamah menjatuhi hukuman yang dapat memberi pengajaran agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan itu. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mencuri lima paket Nescafe Classic yang kesemuanya bernilai RM132 milik pusat beli-belah Sogo di sini, kira-kira pukul 9 malam pada 19 Februari lepas.

Majistret Nurul'Ain Abdul Rahim yang mendengar kes itu memerintahkan Noorul Zaman dipenjara sebulan bermula dari tarikh dia ditangkap, 19 Feb lepas.

Menurut fakta kes, Noorul Zaman ditahan selepas pengawal keselamatan Sogo melihat dia memasukkan bungkusan Nescafe Classic tersebut ke dalam beg silangnya dan menuju ke arah pintu keluar pusat beli-belah itu tanpa membayar.

Sementara itu di Mahkamah Majistret lain, gara-gara mencuri 13 jenis coklat bernilai RM248, seorang penganggur terpaksa meringkuk di dalam penjara selama empat bulan.

Majistret Zuraini Abdul Razak menjatuhi hukuman itu setelah Mohd Sharul Hizam, 32, mengaku bersalah mencuri kesemua barangan itu di Pasaraya Mydin, Jalan Tun Perak, di sini pukul 6.18 petang pada 20 Februari lepas.

Zuraini memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula tarikh dia ditangkap iaitu pada hari kejadian.

Ketika rayuan, Mohd Sharul yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak mempunyai tempat tinggal dan berasal dari Johor.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Tags / Kata Kunci: curi , Sogo

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan