Adun Sri Muda Gagal Cabar Perlembagaan

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 5:00 PM

Mat Shuhaimi Shafiei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei pada Isnin gagal dalam percubaannya untuk mencabar perlembagaan dan Akta Hasutan 1948.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad menolak saman pemula difailkan Mat Shuhaimi dengan kos RM2,000 selepas mendengar hujahan daripada Peguam Andrew Yong, yang mewakili ADUN itu selaku plaintif dan Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching, mewakili kerajaan (defendan).  

Hakim Asmabi turut menolak permohonan Mat Shuhaimi untuk menangguhkan prosiding di mahkamah itu bagi mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan berhubung Seksyen 3 dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, dengan kos RM4,000.

Beliau berkata permohonan penangguhan itu adalah salah guna proses mahkamah dan ia di luar bidang kuasa.

Mat Shuhaimi, 47, Adun daripada Parti Keadilan Rakyat, memfailkan saman itu pada 15 September tahun lepas, bagi memohon satu deklarasi bahawa Seksyen 3 Akta Hasutan 1948 dibaca bersama-sama Seksyen 4 akta sama bercanggah dengan fasal 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu adalah batal dan tidak sah.

Beliau mendakwa Seksyen 3 dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 apabila dibaca secara keseluruhan telah mencabuli hak asasi untuk kebebasan bersuara mengikut Fasal 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. 

Pada 7 Februari 2011, Mat Shuhaimi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan memuat naik artikel berbaur hasutan dalam blognya, Srimuda.blogspot.com berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu.
 
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Khidmat Rakyat, Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning di Shah Alam pada 30 Disember 2010.
 
Pada 1 April, 2011, Mat Shuhaimi memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi di Shah Alam memohon pertuduhan hasutan terhadapnya dibatalkan atas alasan Akta Hasutan melanggar perlembagaan kerana ia bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara.
 
Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 26 Ogos, 2011, menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan menghasut itu, dan beliau juga tidak berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan yang ditolak pada 17 Mei tahun lepas.

Tags / Kata Kunci: Adun Sri Muda , perlembagaan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan