Mahkamah Kekal Keputusan Gugur Pertuduhan Terhadap Blogger Seks

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 9:30 PM

Alvin dan Vivian yang mempersendakan bulan Ramadan dikecam pelbagai pihak.

Vivian Lee (kiri) dan Alvin Tan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA:  Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusannya menggugurkan tuduhan terhadap pasangan blogger seks Alvivi yang mencemarkan umat Islam dalam Facebook.

Hakim Abdull Hamid Embong membenarkan bantahan awal pihak pembelaan bahawa Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes yang berasal dari Mahkamah Sesyen.

"Kami bersetuju bahawa Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara yang bermula di mahkamah lebih rendah," demikian keputusan Hakim Abdull Hamid.

Alvin Tan Jye Yee, 27, dan Vivian Lee May Ling, 26, dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan menyiarkan gambar yang menyentuh sensitiviti agama, membuat kenyataan menghasut dan untuk memaparkan gambar lucah di blog mereka.

Lima panel hakim, termasuk Hakim Ahmad Maarop, Hasan Lah, Zainun Ali dan Ramly Ali, sebulat suara menolak rayuan pendakwa raya terhadap pengguguran tuduhan mencetuskan permusuhan di antara agama.

Pada 21 April 2014, Mahkamah Rayuan menolak tuduhan di bawah Seksyen 298A(1) Kanun Jenayah atas sebab-sebab undang-undang itu tidak membabitkan bukan Islam.

Panel yang diketuai oleh Hakim Mohtarudin Baki bersetuju dengan peguambela bahawa Seksyen 298 bertujuan untuk memastikan umat Islam mudah mengamal agama mereka dan bukannya untuk penganut agama lain.

Dalam perbicaraan hari ini, peguam Chong Joo Tian dan K. T. Wong mewakili Tan dan Lee manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Kes di Mahkamah Sesyen ditetapkan untuk pengurusan kes pada 6 Mac, walaupun kini Tan sudah lari dari ikat jamin.

Tan dan Lee minta dibicarakan pada 18 Julai, 2013 di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Murtazadi Amran terhadap tiga tuduhan di bawah Akta Penapisan Filem, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

Posting pasangan itu pada 11 Julai 2012 mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang mengecam perbuatan tidak sensitif mereka.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan