Mahkamah Tolak Permohonan Semakan Kehakiman Mejar Zaidi

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 10:11 PM

Mejar Zaidi Ahmad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menolak permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman yang difailkan bekas Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad untuk mencabar keputusan Mahkamah Tentera yang meneruskan perbicaraan kesnya, tahun lepas.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menolak permohonan itu di dalam kamarnya dengan kos RM2,000 selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Mejar Jeneral Datuk Azizool Arif Abdul Ghani atas kapasiti Pihak Berkuasa Sidang Mahkamah Tentera dan Mahkamah Tentera.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili Azizool dan Mahkamah Tentera ketika ditemui pemberita berkata mahkamah bersetuju bahawa bantahan awal itu bersifat akademik kerana Mahkamah Tentera sudah membuat keputusan terhadap Zaidi pada 12 Januari lepas.

"Apa-apa yang dipohon (Zaidi) sudah tidak berguna lagi kerana keputusan terhadapnya sudah dibuat," katanya.

Sementara itu, peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Zaidi berkata anak guamnya mempunyai remedi untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan itu juga mempunyai kebebasan untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman yang baharu berhubung keputusan Mahkamah Tentera.

"Kami akan mendapatkan arahan lanjut daripada anak guam sama ada akan merayu keputusan ini atau memfailkan semakan kehakiman yang baharu," katanya.

Pada 11 Disember 2014, Zaidi, 45, memfailkan permohonan itu dengan menamakan Azizool dan Mahkamah Tentera sebagai responden.

Dalam permohonannya, dia memohon untuk mendapatkan perintah deklarasi bahawa keputusan Pihak Berkuasa Sidang Mahkamah Tentera pada 20 November 2014, yang mengarahkan Mahkamah Tentera tidak dibubarkan dan perbicaraan ke atasnya diteruskan, adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

Dalam permohonan itu, Zaidi mendakwa beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil kerana wujudnya elemen berat sebelah atas komen yang dibuat oleh Yang Dipertua Kolonel Saadoon Hasnan, yang juga Pengerusi Panel Mahkamah Tentera dalam sebuah portal berita.

Pada 12 Januari lepas, lima panel Mahkamah Tentera yang diketuai Saadoon menjatuhi hukuman buang kerja terhadap Zaidi selepas didapati bersalah atas dua tuduhan berhubung kenyataannya mengenai isu dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
 
Bagaimanapun, Zaidi dilepas dan dibebaskan daripada lima pertuduhan lain termasuk melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur politik.

Sementara itu, Zaidi ketika ditemui pemberita berkata dia kecewa dengan keputusan itu.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan