Tiga Lelaki, Dua Remaja Didakwa Culik Kanak-Kanak Lima Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 5:32 PM

Anggota polis membawa dua daripada lima orang suspek ke Mahkamah Majistret atas kesalahan menculik seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun di Taman Maznah Klang pada 22 Jan lepas di Kompleks Mahkamah Klang pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Tiga lelaki dan dua remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas tuduhan melarikan dan mengurung seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun bagi mendapatkan wang tebusan hampir RM840,000 pada Januari lepas.    

Penganggur Mohammad Norhafizie Abdullah, 19, pemasang aluran gas asli kenderaan Mohammad Faiderus Suhaini, 32, jurujual Nashamizie Shahidan, 19, dan dua remaja masing-masing berumur 17 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nor Asma Ahmad.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 (Semakan 1989) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, kesemua tertuduh telah melarikan dan mengurung dengan salah kanak-kanak itu bagi mencapai niat mereka mendapatkan wang tebusan sebanyak US$100,000; AU$100,000 dan RM200,000.

Mereka didakwa melarikan kanak-kanak itu dari rumahnya di Taman Maznah, Klang pada 1.52 pagi 22 Januari lepas.

Nor Asma tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kesemua tertuduh itu.

Beliau menetapkan 27 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Selangor Rozana Husin manakala Mohammad Norhafizie dan dua remaja itu diwakili peguam Nur Aida Md Zainuddin.

Peguam Shah Rizal Abdul Manan pula mewakili Nashamizie manakala Mohammad Faiderus tidak diwakili peguam.

Tags / Kata Kunci: Culik kanak-kanak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan