OKU Baling Selipar Atas Kepala Pegawai Polis - Berita Mahkamah | mStar

OKU Baling Selipar Atas Kepala Pegawai Polis

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 2:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini pada Rabu terhadap pertuduhan membaling selipar ke atas kepala seorang pegawai polis ketika sambutan Thaipusam, awal bulan ini.

M. Krishnan, 57, yang hadir ke mahkamah dengan berpakaian lokap polis dan bertongkat didakwa melakukan perbuatan itu di Kuil Mariamman Batu Caves, Selayang di sini pada 10.20 pagi 3 Feb lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni menawarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin serta memohon syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Peguam Akmal Jusoh memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya pemegang kad OKU dan tidak mungkin dia akan melarikan diri.

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 April untuk sebutan.

Tags / Kata Kunci: Polis , Selipar
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan