Intipati Penghakiman Kes Liwat Anwar

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 8:35 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT ialah beberapa intipati penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun  terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim iaitu Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

* Mahkamah Persekutuan yakin melampaui keraguan munasabah bahawa Mohd Saiful telah diliwat oleh Anwar seperti dituduh.

* Panel hakim Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan Mahkamah Rayuan bahawa Anwar tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan, dan dengan itu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

* Bukti saintifik (perubatan dan DNA) yang dikemukakan pihak pendakwaan jelas menunjukkan sel sperma milik Anwar ditemui dalam bahagian bawah dan atas rektum Mohd Saiful.

* Mahkamah Persekutuan berkata satu-satunya penjelasan yang logik bagi keadaan itu adalah Mohd Saiful semestinya telah diliwat oleh Anwar.

* Mahkamah Persekutuan memutuskan pembelaan berhubung konspirasi politik kekal sebagai dakwaan semata-mata yang tidak disokong oleh sebarang keterangan berwibawa.

* Mahkamah Persekutuan mendapati Mohd Saiful adalah seorang saksi yang berwibawa.

* Panel hakim mendapati Mohd Saiful bukan peserta sukarela dalam kesalahan liwat itu, malah merupakan seorang mangsa.

* Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat hakim perbicaraan (mahkamah tinggi) terkhilaf dalam memutuskan 'kepastian 100 peratus' mengenai bukti bahawa kemungkinan sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful telah tercemar.

* Standard bukti yang betul menyatakan bukti melampaui keraguan munasabah tidak perlu mencapai tahap kepastian sebaliknya membawa tahap kebarangkalian yang lebih tinggi.

* Mahkamah Persekutuan mendapati agak mustahil kebarangkalian sampel yang diambil daripada Mohd Saiful sudah tercemar.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan