JPN Tidak Akan Keluarkan Sijil Kematian Sosilawati

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 8:00 AM

Salah seorang anak kepada jutawan kosmetik, Sosilwati yang mati dibunuh pada 2010.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan mengeluarkan sijil kematian kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh sehingga kes rayuan tersebut selesai.

JPN, sebenarnya, akan membantah tindakan anak jutawan kosmetik itu untuk mendapatkan sijil kematian ibu mereka yang dibunuh.

Peguam Kanan Persekutuan, Maisarah Juhari dari Pejabat Peguam Negara berkata, mereka menerima satu laporan dari JPN dan akan memfailkan afidavit untuk menyokong kes tersebut.

"Kami akan membantah pengeluaran sijil kematian itu. Kami akan memfailkan afidavit sebelum 23 Februari bagi semakan kehakiman," katanya di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Arun Noval Dass pada Isnin.

Maisarah berkata Arun menetapkan 25 Februari untuk pengurusan kes.

Pada November tahun lalu, anak-anak Sosilawati memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan JPN yang enggan mengeluarkan sijil kematian ibu mereka.

Erwan Suwari Rizuwan Buhari, 28, Md Erwan Nasri, 27, Erni Erinawati, 25, Erni Rineelawati, 24, dan Siti Nur Fatimah, 17, memohon untuk mendapatkan satu perintah bagi membatalkan keputusan JPN bertarikh 25 Julai lalu.

Mereka diwakili peguam Mohd Iskandar Ismail.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Asmabi Mohamad membenarkan semakan kehakiman selepas mendengar hujahan di dalam kamar daripada peguam tersebut.

JPN dalam surat bertarikh 25 Julai 2014 kepada keluarga Sosilawati menyatakan bahawa pendaftaran kematian Sosilawati hanya boleh dipertimbangkan selepas pelupusan kes rayuan itu oleh keempat-empat yang dituduh dalam perbicaraan kes pembunuhannya oleh Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar rayuan tertuduh dari 9 hingga 13 Februari ini.

Bagaimanapun, rayuan itu yang dijadual pada Isnin ditangguhkan ke 18 Mei.

Pada 23 Mei, 2013, N. Pathmanabhan, 45, dan tiga pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 23, R. Matan, 24, dan Kathavarayan, 35, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Sosilawati dan tiga yang lain di Tanjung Sepat, Banting pada 2010.

Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank  Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang selepas pergi ke Banting atas urusan jual beli tanah.

Kehilangan mereka menggemparkan masyarakat dan mendapat liputan luas media.

Dibawah Seksyen 108 Akta Keterangan boleh digunakan jika seseorang itu tidak dapat ditemui atau dihubungi selepas tujuh tahun atau dia akan dianggap mati dan satu pengisytiharan kematian boleh dibuat. 

Tags / Kata Kunci: JPN , Sosilawati Lawiya

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan