Liwat II: Anwar Masuk Penjara Sungai Buloh

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 3:53 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat masih enggan menyerah kalah apabila melaungkan 'reformasi' sebaik kenderaan yang membawa pemimpin pembangkang itu keluar dari kawasan Istana Kehakiman di sini untuk ke Penjara Sungai Buloh.

Kenderaan dengan pasukan pengiring itu keluar pada pukul 2.59 petang menerusi pintu belakang kompleks mahkamah itu.

Konvoi pasukan keselamatan bersiap sedia untuk mengiringi kenderaan yang membawa Anwar ke Penjara Sungai Buloh.

Anwar dibawa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail ke penjara susulan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya.

Mahkamah sama juga mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap ketua pembangkang itu sebelum ini kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Berikutan keputusan itu, berlaku kekecohan di kawasan berkenaan apabila penyokong Anwar mencetuskan provokasi terutama apabila kenderaan yang membawa pemimpin pembangkang itu keluar dari kawasan mahkamah.

Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki yang dipercayai penyokong pakatan pembangkang itu ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Pasukan keselamatan mengawal ketat sekitar kawasan Istana Kehakiman bagi mengelak kejadian tidak diingini.




Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Penjara Sungai Buloh , liwat

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan