Pemandu Peribadi Mengaku Tidak Bersalah Menyamar Polis

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 5:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemandu kepada seorang pengarah syarikat insurans tempatan pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan menyamar sebagai anggota polis dan mengugut. 

Bagi pertuduhan pertama, K. Ram Babu, 30, didakwa menyamar sebagai anggota polis berpangkat koperal ketika meminta seorang pekerja kilang, Iskandal Barnes, 30, menyerahkan kad pengenalannya untuk diperiksa.

Ram Babu didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan itu di Jalan Thambipillay, Brickfields di sini pada kira-kira pukul 10.30 malam, 5 Januari lepas.

Dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa pada masa dan tempat yang sama mengugut akan menembak Iskandal jika pekerja kilang itu melarikan diri. 

Bagi kesalahan itu, Ram Babu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Saifulakmal Said membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tags / Kata Kunci: pemandu , menyamar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan