Mahkamah Dengar Rayuan Kes Pembunuhan Sosilawati Pada 18 Mei

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 5:52 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin menetapkan 18 Mei untuk mendengar rayuan bekas peguam dan tiga pekerjanya yang disabitkan serta dijatuhi hukuman mati dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain empat tahun lepas. 

Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Aziah Ali menetapkan lima hari mulai 18 Mei untuk mendengar rayuan itu.

Beliau turut mengarahkan pihak pendakwaan dan pembelaan untuk mengemukakan penghujahan bertulis dan ringkasannya masing-masing kepada setiausaha hakim yang berkenaan sebelum 27 April bagi membolehkan mereka (hakim) membaca penghujahan itu.

Rayuan itu disebut pada Isnin di hadapan panel terdiri daripada Hakim Aziah, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam.

Sementara itu, mahkamah membenarkan permohonan peguam Rosal Azimin Ahmad untuk menarik diri daripada mewakili perayu keempat, R. Kathavarayan.

Rosal Azimin memberitahu mahkamah beliau dilantik oleh mahkamah untuk mewakili Kathavarayan tetapi dimaklumkan semalam bahawa Kathavarayan mendapatkan sendiri khidmat peguam Hisyam Teh Poh Teik, untuk mewakilinya.

Hisyam, yang turut hadir dalam prosiding mahkamah pada Isnin mengesahkan beliau diminta Kathavarayan untuk mewakilinya pada Jumaat lepas.

Aziah turut menetapkan 9 Mac untuk mendengar permohonan Kathavarayan untuk memasukkan alasan tambahan dalam petisyen rayuannya dan mengarahkan Hisyam supaya memfailkan permohonan itu sebelum 4 Mac.

Pada 23 Mei, 2013, N. Pathmanabhan, 45, dan tiga pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 23, R. Matan, 24, dan Kathavarayan, 35, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam kerana melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010.

Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir merumuskan soal tanah adalah motif utama pembunuhan Sosilawati disebabkan ketidakupayaan Pathmanabhan untuk menjelaskan pembayaran cek yang dikeluarkan kepada Sosilawati.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis menjumpai kesan bakar di belakang ladang itu, dan apabila menggali kawasan terbakar itu, polis menemui beberapa tulang yang kemudiannya disahkan pakar sebagai tulang manusia yang telah rentung, menunjukkan mereka dibakar pada darjah suhu amat tinggi. 

Peguam Manjeet Singh Dhillon mewakili Pathmanabhan, Gurbachan Singh bagi Thilaiyalagan dan Amer Hamzah Arshad bagi Matan. 

Hadir bagi pihak pendakwaan adalah pasukan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Tags / Kata Kunci: kes bunuh , Sosilawati Lawiya

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan