Bekas Pegawai Jabatan Perikanan Bebas Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2015 1:03 PM

Abdul Hamid (kiri) bersana Rosman (kanan) bersalaman dengan peguam Ahmad Syahrir Mohd Salleh (tengah) di Mahkamah Sesyen Butterworth, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Bekas pegawai Jabatan Perikanan hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada dua pertuduhan menerima rasuah bernilai RM246,024.20 daripada seorang pembekal benih ikan, lima tahun lalu.

Hakim Julie Lack Abdullah memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Hamid Ismail, 51,  yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Perikanan Daerah Hulu Perak Selatan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menerima sekeping cek CIMB bernilai RM220,000 daripada syarikat Justru Cemerlang Enterprise milik Mohd Rosman Ramli yang merupakan pembekal benih dan pembeli ikan yang dimasukkan ke akaun syarikat HA Agrotech milik Abdul Hamid.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima sekeping cek CIMB bernilai RM26,024.20 daripada Mohd Rosman ke dalam akaun HA Agrotech.

Abdul Hamid didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Maybank Seberang Jaya, pada 8 Februari 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun, denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, Mohd Rosman, 49, yang didakwa atas dua pertuduhan memberi rasuah kepada Abdul Hamid melalui dua keping cek masing-masing bernilai RM220,000 dan RM26,024.20 pada tarikh dan tempat yang sama, turut dilepas dan dibebaskan.

Mohd Rosman sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 28(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sama.

Peguam Parmjit Singh yang mewakili Abdul Hamid berkata enam saksi memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri manakala tertuduh kedua Mohd Rosman diwakili peguam Ahmad Shahrir Mohd Salleh.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan