Rasuah Projek Pasir: Tiga Termasuk Suami Isteri Ditahan - Berita Mahkamah | mStar

Rasuah Projek Pasir: Tiga Termasuk Suami Isteri Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 3:10 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis pada Khamis memperoleh perintah mahkamah bagi menahan reman tiga individu, termasuk sepasang suami isteri, selama lima hari berhubung kes rasuah membabitkan pemberian beberapa projek termasuk mengorek pasir dan pembalakan di Perak.

Majistret Suhaima Mohd Noor mengeluarkan perintah itu, berkuat kuasa hari ini, terhadap suspek yang berusia lingkungan 45 hingga 48 tahun, mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Mereka disyaki menggunakan nama menteri besar dan exco kerajaan negeri untuk memperoleh wang sebanyak RM10,000 sebagai balasan bagi mendapatkan projek terbabit daripada kerajaan negeri untuk beberapa kontraktor serta ahli korporat.

Ketiga-tiga suspek, yang disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, ditahan di Old Town White Coffee, Medan Ipoh pada kira-kira 7.30 malam Rabu.

Suspek wanita merupakan penjawat awam manakala kedua-dua lelaki tidak bekerja.

Tags / Kata Kunci: Pasir , Perak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan