Mahkamah Benar Mohamad Salleh Pinda Jawapan Dalam Kes Saman Fitnah

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 6:51 PM

Dr Mohamad Salleh Ismail

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Rabu membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail meminda jawapannya kepada pernyataan pembelaan Nurul Izzah Anwar dan Datuk Saifuddin Nasution dalam kes saman fitnah berhubung pembelian lapan unit hartanah KL Eco City. 

Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Syed Ismat Syed Muhammad yang mewakili Mohamad Salleh dan syarikatnya National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) selaku plaintif dan peguam Shahid Adli Kamarudin, bertindak bagi anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan Setiausaha Agung PKR ketika itu, Saifuddin selaku defendan.

Syed Ismat ketika ditemui pemberita berkata mahkamah membenarkan permohonan Salleh itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dan menetapkan 3 Mac depan untuk pengurusan kes.

Katanya mahkamah turut memberi kebebasan kepada kedua-dua defendan untuk memanggil semula saksi mereka bagi memberi keterangan pada perbicaraan kes saman itu.

Mohamad Salleh dan Nurul Izzah selesai memberi keterangan pada 5 dan 7 Januari  lepas.

Bagaimanapun, Salleh yang juga Pengerusi Eksekutif NFCorp memfailkan permohonan untuk meminda jawapan kepada pembelaan kedua-dua defendan dengan memasukkan butiran berniat jahat dalam kes saman fitnah itu.

Pada 24 Dis 2013, Mohamad Salleh dan syarikatnya, NFCorp memfailkan saman dengan mendakwa Nurul Izzah membuat kenyataan berhubung pendedahan Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli yang mendakwa Mohamad Salleh membeli lapan unit hartanah KL Eco City menggunakan dana yang diperuntukkan kepada NFCorp.     

Kenyataan Nurul Izzah itu disiarkan Malaysiakini TV pada 7 Mac 2012.    

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh berkata kenyataan Nurul Izzah itu membawa maksud beliau dan keluarganya menyalah gunakan dana NFCorp untuk membeli unit hartanah berkenaan bagi kegunaan sendiri. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan