Lelaki Kelar Penuntut UiTM Direman - Berita Mahkamah | mStar

Lelaki Kelar Penuntut UiTM Direman

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2015 2:55 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Suspek lelaki yang mengelar leher penuntut perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang semalam, ditahan reman tujuh hari bermula Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supt Ismail Che Isa berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

"Kes ini tiada melibatkan samun dan siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, mangsa Nursyuhada Johari, 20, bersama teman lelakinya itu, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.

Pasangan tersebut dikatakan bertengkar di dalam kenderaan sebelum kereta itu berhenti dan mangsa kemudian keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas jalan.

Suspek kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan sebelum melarikan diri ke hutan berhampiran, namun orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis.

Nursyuhada disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar kira-kira 2 petang. 

Tags / Kata Kunci: Uitm , Mahkamah , Kelar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan